BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Bab ini menerangkan tentang pengurusan alam pembelajaran
yang akan dihadapi oleh bakal guru pada masa hadapan. Guru perlu tahu merancang
pengajaran beliau supaya input yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar.
Dalam bab ini disentuh tentang buku rekod mengajar, komponen P&P dan
sebagainya. Proses P&P bermula dengan set induksi yang dijalankan oleh guru
bagi menarik minat pelajar. Apabila pelajar sudah berminat barulah sesi pemberian
ilmu dapat dijalankan. Akhir proses ini penilaian harus dilakukan iaitu guru
harus melihat prestasi pelajar sama ada pelajar faham atau tidak ilmu yang
disampaikan.
Bab ini juga menerangkan tentang penyeliaan pengajaran amali seperti makmal,
bengkel dan sebagainya. Penyeliaan amali dimulakan dengan pengenalan dan
diakhiri dengan penutup iaitu kesimpulan oleh pelajar dan guru.
Seterusnya, bab ini
juga menyentuh tentang kajian di sekolah. Menurut Bartlett (2001) kajian
bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis
data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian
dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.
Kajian dilakukan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang lebih mahir dan
bagi menambahkan rujukan.
Akhir bab ini,
diterangkan tentang apa itu Program Perantis Guru (PPG), tujuan PPG
diperkenalkan, tugas sekolah dan sebagainya.
Comments
Post a Comment