BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA
PSIKOLOGI
·         Sigmund Freud (1856 – 1939)
·         Erik Erikson (1902 – 1994)
·         Erik Erikson (1902 – 1994)
SOSIOLOGI
·         Erik Erikson (1902 – 1994)
·         George Herbert Mead (1863–1931)
Berdasarkan kedua-dua teori ini, dapat dirumuskan bahawa tingkah laku manusia ditentukan oleh pemikirannya dan pengaruh luar iaitu masyarakat sekeliling.
SOSIALISASI
Dalam bab sebelum ini, sudah diterangkan apa itu sosialisasi dan apa tujuan sosialisasi.
Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai seseorang dalam sesuatu masyarakat. Sosialisasi paling awal adalah di dalam keluarga. Sosialisasi tidak akan pernah habis kerana peranan seseorang akan berubah mengikut peredaran masa sehinggalah seseorang itu tiada peranan atau tanggungjawab lagi( meninggal).
Jenis-jenis sosialisasi
Ø  Primer
Ø  Sekunder
Ø  Resiosialisasi
Sosialisasi Primer
Ø  Berlaku dalam lingkungan keluarga
Ø  Individu mempelajari segala kemahiran daripada orang yang lebih dewasa
Ø  Apa yang dilakukan oleh orang dewasa, kepercayaan, pegangan dan sebagainya
Ø  Merupakan asas kepada personaliti diri
Sosialisasi Sekunder
Ø  Peringkat sosial berlaku di luar lingkungan keluarga seperti dengan masyarakat, kawan, media massa, guru-guru dan sebagainya
Ø  Akan memperoleh pelbagai kepercayaan baru
Ø  Hanya mengambil kepercayaan yang dirasakan bersesuai dengan diri
Sosialisasi Resosialisasi
Ø  Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada
Ø  Boleh berlaku disebabkan perubahan yang berlaku samada oleh suasana ataupun pemikiran individu itu sendiri
Sosialisasi dan Pendidikan
Guru Sebagai Model
Model bermaksud seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh atau teladan (untuk ditiru atau diteladani)” ( kamus dewan edisi keempat )
APA yang dapat ditiru daripada guru ???
Ø  Penampilan & Bahasa Tubuh
Ø  Tingkah Laku
Ø  Contoh teladan
Ø  Pengetahuan yang luas
Ø  Sifat kepimpinan
PENAMPILAN DAN BAHASA TUBUH
Pemakaian seorang guru haruslah menampakkan ciri-ciri keprofesionalan berdasarkan pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan seperti kemas, rapid an sebagainya. Bahasa tubuh pula perlu menunjukkan ciri-ciri yang baik seperti senyum,menunjukkan kontak mata dan gerak geri yang bersemangat.


Bahasa Tubuh yang betul
Ø  Ekspresi muka: senyum, tenang
Ø  Kontak mata: menunjukkan kontak mata yang prihatin dan tegas
Ø  Paralinguistik: kekuatan nada suara, tonasi, artikulasi, berhenti sejenak, dan kelajuan percakapan
Ø  Postur Tubuh: menggambarkan tahap minat, keterbukaan, & tahap emosi. Berpeluk tubuh, menyeluk saku
Ø  Pergerakan badan: tidak statik di hadapan kelas/di meja, bergerak menghampiri murid, beri peluang kepada murid yang pemalu untuk bertanya
Ø  Ruang peribadi dan sentuhan: peka dengan ruang peribadi murid dan sensitiviti masyarakat setempat, sentuhan pada bahu sebagai galakan
TINGKAH LAKU
Mengamalkan tingkah laku yang sesuai apabila berada di sekolah seperti sopan, berhemah tetapi tegas, menggunakan bahasa yang santun, dan bijak mengawal emosi
CONTOH TELADAN
Memberikan imej yang baik kepada pelajar seperti menggunakan komunikasi yang berkesan, mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama dan semangat kekitaan. Hal ini bukan sahaja akan meningkatkan rasa hormat kepada guru malah pelajar akan mencontohi sikap yang ada pada guru.
MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG LUAS
Memahami apa yang diajar dan dapat mengaitkan dengan isu-isu semasa dan ilmu-ilmu lain. Mengunakan pendekatan yang holistic dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
KEPIMPINAN
Mempunyai sifat kepimpinan yang unggul. Bijak menggunakan jenis-jenis kepimpinan yang ada seperti autokratik untuk murid yang degil dan laiser faire untuk murid yang cemerlang.
\

DINAMIKA DALAM BILIK DARJAH
Dinamika disini bermaksud pandai mengumpulkan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti pencapaian, latar belakang, minat dan sebagainya.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DINAMIKA DALAM BILIK DARJAH
Ø  Jantina
Ø  Bangsa/agama
Ø  Status sosioekonomi
Ø  Pencapaian akademik
Ø  Personaliti
Ø  Gaya pembelajaran
Peranan Guru Dalam Dinamika Bilik Darjah
Ø  Pandai membentuk dinamika bilik darjah
Ø  Memberi perhatian yang lebih kepada murid yang dipinggirkan
Ø  Mengunakan kuasa penularan iaitu pengaruh guru dalam kelas
Ø  Ciri dinamika yang diingini dapat dibentuk oleh guru
Ø  Bertindak sebagai model
INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
Jenis Interaksi
Ø  Interaksi Satu Hala/pasif
Ø  Interaksi Dua Hala
Ø  Interaksi Kumpulan
INTERAKSI SATU HALA
Bercorak autokratik. Pembelajaran berpusatkan kepada guru dan murid hanya mendengar sahaja. Tidak sesuai digunakan sepenuhnya dalam pembelajaran. Sesuai apabila melibatkan maklumat penting seperti taklimat dan sebagainya
INTERAKSI DUA HALA
Hanya melibatkan murid dengan guru iaiti guru mengajar dan apabila murid tidak faham mereka akan bertanya kepada guru, Tidak ada perbincangan dengan murid-murid lain.
INTERAKSI KUMPULAN
Gaya kepimpinan bersifat demokratik. Komunikasi melibatkan murid dengan guru dan murid denan murid. Kebanyakan pembelajaran adalah perbincangan antara murid dengan murid dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja. Berkesan dan boleh memupuk sikap bekerjasama, toleransi dan sebagainya. Sesuai dalam situasi perbentangan dan kelas biasa.
CARA MEMBENTUK INTERAKSI YANG SIHAT DALAM PEMBELAJARAN
Ø  Mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran
Ø  Penyoalan dalam pengajaran untuk membuka minda pelajar
Ø  Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan tidak terlalu terikat dengan satu kaedah sahaja
Ø  Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
Ø  Membentuk kumpulan belajar yang kecil
Ø  Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi









































Comments

Popular posts from this blog

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

BAB 8 : PENGURUSAN DISIPLIN