BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
Bab ini menerangkan tentang jenis-jenis keupayaan yang terdapat pada pelajar. Jenis keupayaan boleh terbahagi kepada tiga jenis iaitu tinggi, sederhana, rendah. Sederhana tidak memerlukan apa-apa perhatian dan boleh diajar seperti biasa sahaja. Yang menjadi tumpuan adalah pelajar yang berkeupayaan tinggi dan rendah.Dalam bab ini, pelajar yang berkeupayaan tinggi diberikan proses pengayaan. Pengayaan ialah memberi aktiviti yang lebih kepada mereka bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah boleh menguasai kemahiran asas dengan kadar yang lebih cepat berbanding murid biasa. Terdapat dua jenis pengayaan iaitu pengayaan menegak dan pengayaan mendatar. Pengayaan mendatar adalah mengikut keupayaan sesuatu kumpulan pelajar manakala pengayaan menegak hanyalah untuk murid cerdas dan pintar sahaja.
Bagi murid keupayaan rendah pula mereka diberikan program pemulihan. Murid keupayaan rendah bukanlah murid yang disebabkan oleh faktor genetic tetapi disebabkan oleh faktor persekitaran mereka. Mereka mungkin mempunyai masalah seperti kurang minat, rendah diri dan sebagainya.  Menjadi peranan guru untuk memastikan mereka mendapat pelajaran secara adil dan saksama.
        Dalam bab ini juga diberikan tentang murid bekeperluan khas. Murid bekeperluan khas merupakan murid yang lain daripada kebiasaan atau norma masyrakat. Hal ini disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Dalam bab ini diterangkan tentang murid pintar cerdas iaitu murid yang mempunyai kepintaran yang melebihi murid biasa. Terdapat Sembilan jenis kepintaran menurut Dr Howard Gardner pada tahun 1983.Antaranya ialah
·         Kecerdasan Logik-Matematik
·         Kecerdasan Verbal-Linguistik
·         Kecerdasan Muzik
·         Kecerdasan Kinestetik Badan
·         Kecerdasan Interpersonal
·         Kecerdasan Intrapersonal
·         Kecerdasan Ruang Visual
·         Kecerdasan Naturalis
·         Kecerdasan Eksistensialis

Keperluan khas yang adalah seperti
·         Autisme iaitu masalah dari segi kognitif, bahasa,komunikasi emosi dan sosial
·         Disleksia ialah masalah membaca yang teruk yang dihadapi oleh pelajar atau lebih dikenali sebagai buta huruf









































Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 8 : PENGURUSAN DISIPLIN