BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Bab ini menerangkan tentang hubungan sekolah dan persekitarannya. Terdapat dua jenis interaksi yang berlaku iaitu dalam dan luar. Interaksi dalam melibatkan tiga pihak iaitu guru,pelajar dan pihak pengurusan. Ketiga-tiga ini mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan misi dan visi sekolah.  Guru merupakan agen perubahan pelajar dan paling penting sekali di sekolah. Pihak pengurusan pula bertujuan menjalankan urusan pentadbiran dengan lancar agar proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar.
     Interaksi luar pula melibatkan tiga pihak iaitu sekolah(guru), ibu bapa dan masyarakat. Ketiga-tiga interaksi ini sangat penting dalam menjadikan tempat belajar menjadi lebih baik. Ibu bapa perlu mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa bagi membantu anak-anak menghadapi persekolahan mereka. Ibu bapa harus menjadi role model kepada anak-anak mereka. Masyarakat pula pihak yang bertanggungjawab menyediakan suasana yang aman dan damai kepada persekitaran sekolah. Sekiranya berlaku unsur-unsur ngeatif dalam sesebuah masyarakat, hal ini perlulah dibendung agar tidak dicontohi oleh pelajar sekolah. Persatuan ibu bapa dan guru merupakan persatuan yang penting bagi membincangakan masalah yang dihadapi oleh pelajar di samping tempat interaksi antara ibu bapa dan guru.




























Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

BAB 8 : PENGURUSAN DISIPLIN