Posts

Showing posts from December, 2018

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Image
BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Bab ini menerangkan tentang pengurusan alam pembelajaran yang akan dihadapi oleh bakal guru pada masa hadapan. Guru perlu tahu merancang pengajaran beliau supaya input yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar. Dalam bab ini disentuh tentang buku rekod mengajar, komponen P&P dan sebagainya. Proses P&P bermula dengan set induksi yang dijalankan oleh guru bagi menarik minat pelajar. Apabila pelajar sudah berminat barulah sesi pemberian ilmu dapat dijalankan. Akhir proses ini penilaian harus dilakukan iaitu guru harus melihat prestasi pelajar sama ada pelajar faham atau tidak ilmu yang disampaikan. Bab ini juga menerangkan tentang  penyeliaan pengajaran amali seperti makmal, bengkel dan sebagainya. Penyeliaan amali dimulakan dengan pengenalan dan diakhiri dengan penutup iaitu kesimpulan oleh pelajar dan guru.    Seterusnya, bab ini juga menyentuh tentang kajian di sekolah. Menurut Bartlett (2001) kajian bermaksud peng...

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Image
BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Bab ini menerangkan tentang hubungan sekolah dan persekitarannya. Terdapat dua jenis interaksi yang berlaku iaitu dalam dan luar. Interaksi dalam melibatkan tiga pihak iaitu guru,pelajar dan pihak pengurusan. Ketiga-tiga ini mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan misi dan visi sekolah.  Guru merupakan agen perubahan pelajar dan paling penting sekali di sekolah. Pihak pengurusan pula bertujuan menjalankan urusan pentadbiran dengan lancar agar proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar.      Interaksi luar pula melibatkan tiga pihak iaitu sekolah(guru), ibu bapa dan masyarakat. Ketiga-tiga interaksi ini sangat penting dalam menjadikan tempat belajar menjadi lebih baik. Ibu bapa perlu mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa bagi membantu anak-anak menghadapi persekolahan mereka. Ibu bapa harus menjadi role model kepada anak-anak mereka. Masyarakat pula pihak yang bertanggungjawab menyediakan suasana ...

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Image
BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA Bab ini menerangkan tentang jenis-jenis keupayaan yang terdapat pada pelajar. Jenis keupayaan boleh terbahagi kepada tiga jenis iaitu tinggi, sederhana, rendah. Sederhana tidak memerlukan apa-apa perhatian dan boleh diajar seperti biasa sahaja. Yang menjadi tumpuan adalah pelajar yang berkeupayaan tinggi dan rendah.Dalam bab ini, pelajar yang berkeupayaan tinggi diberikan proses pengayaan. Pengayaan ialah memberi aktiviti yang lebih kepada mereka bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah boleh menguasai kemahiran asas dengan kadar yang lebih cepat berbanding murid biasa. Terdapat dua jenis pengayaan iaitu pengayaan menegak dan pengayaan mendatar. Pengayaan mendatar adalah mengikut keupayaan sesuatu kumpulan pelajar manakala pengayaan menegak hanyalah untuk murid cerdas dan pintar sahaja. Bagi murid keupayaan rendah pula mereka diberikan program pemulihan. Murid keupayaan rendah bukanlah murid yang disebabkan ...