BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Bab ini menerangkan tentang pengurusan alam pembelajaran yang akan dihadapi oleh bakal guru pada masa hadapan. Guru perlu tahu merancang pengajaran beliau supaya input yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar. Dalam bab ini disentuh tentang buku rekod mengajar, komponen P&P dan sebagainya. Proses P&P bermula dengan set induksi yang dijalankan oleh guru bagi menarik minat pelajar. Apabila pelajar sudah berminat barulah sesi pemberian ilmu dapat dijalankan. Akhir proses ini penilaian harus dilakukan iaitu guru harus melihat prestasi pelajar sama ada pelajar faham atau tidak ilmu yang disampaikan. Bab ini juga menerangkan tentang penyeliaan pengajaran amali seperti makmal, bengkel dan sebagainya. Penyeliaan amali dimulakan dengan pengenalan dan diakhiri dengan penutup iaitu kesimpulan oleh pelajar dan guru. Seterusnya, bab ini juga menyentuh tentang kajian di sekolah. Menurut Bartlett (2001) kajian bermaksud peng...