BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER
BAB 7 : PENGURUSAN PUSAT SUMBER
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah
tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan
pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat Sumber menyediakan maklumat,
perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk
penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah
pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar
sepanjang hayat. Fungsi pusat sumber adalah sebagai tempat ispirasi, informasi
dan rekreasi. Sesuai dengan fungsinya, pusat sumber bukan sahaja tempat
menyimpan segala bahan rujukan dan bahan bacaan tetapi ia juga tempat pelajar
bersantai dan mencari inspirasi untuk sesuatu permasalahan. Dalam bab ini
diterangkan segala yang berkaitan pusat sumber dan segala perkara yang perlu
ada pada sesebuah pusat sumber.
Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan, bahan yang terdapat dalamnya. Pada
akhir bab ini diterangkan tentang penggunaan bahan-bahan yang terdapat dalam
pusat sumber dengan betul .
Comments
Post a Comment