BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
´  Sesuai dengan nama tajuknya bab ini menerangkan tentang macam mana guru menguruskan bilik darjah. Bilik darjah dari segi istilah ialah tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Pengurusan bilik darjah pula ialah cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986). Tujuan pengurusan bilik darjah adalah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.  Sudah menjadi guru untuk menngurus bilik darjah di samping menguruskan pelajar. Pengurusan bilik darjah melibatkan tiga aspek iaitu aktiviti pembelajaran, fizikal dan psikososial. Pengurusan fizikal melibatkan kesemua alat fizikal yang berada di dalam kelas seperti dinding kelas, susunan meja dan sebagainya. Pengurusan ini perlulah kemas dan mantap bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan kondusif. Pengurusan psikosoial pula melibatkan emosi pelajar dengan persekitarannya seperti dengan guru, kawan-kawan dan sebagainya. Guru perlulah bijak dalam mengenal pasti emosi yang dihadapi oleh pelajar supaya langkah penyelesaiannya dapat dikenal pasti. Akhir sekali ialah pengurusan pembelajaran atau aktiviti pembelajaran. Pembelajaran terdapat tiga jenis iaitu berpusatkan guru, bahan dan pelajar. Pengajaran terdapat dua iaitu individu dan kumpulan. Kumpulan terdapat beberapa jenis iaitu mengikut minat, kebolehan dan sebagainya. Penerangan tentang bahan pengajaran juga diterangkan dalam bab ini. Pada akhir bab ini Pentaksiran bilik darjah iaitu Pentaksiran berterusan dalam sesi P&P bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid.












































Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 8 : PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA