BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
BAB 3: KAJIAN DAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
• Bab
ini menerangkan tentang pengurusan dan pembelajaran yang berlaku di sekolah.
Pengurusan menurut Stoner ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain
untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan penting bagi melicinkan
pentadbiran di sekolah. Dalam konteks sekolah, pengurusan melibatkan bilik
darjah dan sekolah. Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan
interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan
meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Pengurusan bilik darjah
melibatkan tiga aspek iaitu pembelajaran, tingkah laku dan disiplin serta
fizikal. Dalam bab ini diterangkan juga strategi pengurusan pembelajaran.
Strategi pengurusan pembelajaran juga terdapat tiga jenis iaitu berpusatkan
belajar, berpusatkan bahan dan berpusatkan guru. Prinsip pengajaran dimulakan
dengan set induksi iaitu aktiviti menarik minat pelajar di samping menerapkan
ilmu kepada pelar. Akhir pelajaran, guru akan menilai dan merumus tahap atau
prestasi pelajar. Dalam bab ini juga terdapat pengurusan pelbagai upaya dan
budaya. Pengurusan pelbagai upaya melibatkan pengurusan pelajar bekeperluan
khas manakala pengurusan budaya pula melibatkan pengurusan sukatan mengikut
kesesuain latar belakang pelajar. Bab ini juga menyentuh tentang sistem
pentaksiran berdasarkan sekolah ( PBS ). Di samping itu, pengurusan sekolah
pula melibatkan aktiviti-aktiviti mengurus sekolah beserta isi-isinya sekali.
Pengurusan sekolah yang betul akan menyebabkan meningkatkan prestasi sekolah.
Pengurusan sekolah sukar berbanding organisasi lain kerana hasil yang ingin
dikeluarkan merupakan manusia yang sangat kompleks keadaannya. Pengurusan
sekolah melibatkan pentadbiran sekolah yang diketuai oleh pengetua dan dibantu
oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Hal Ehwal Murid ( PKHEM ). Pengurusan
sekolah juag melibatkan pengurusan pusat sumber sekolah, bilik pembelajaran,
pengurusan disiplin sekolah, kaunseling dan sebagainya.
Pembelajaran ialah proses di mana
pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang
kekal (Woolfolk 1995). Prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan
bagaimana suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik
darjah
(Shahabuddin et al., 2006). Terdapatnya
prinsip-prinsip pembelajaran seperti kesediaan belajar, pengalaman, latihan dan
sebagainya. Faktor mempengaruhi kesediaan belajar seperti kematangan fizikal,
dorongan dan sebagainya.
Comments
Post a Comment