BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Pengertian Sosiologi
Terdapat banyak pengertian tentang apa itu sosiologi sebenarnya
Pelbagai tokoh telah mengeluarkan pendapat mereka mengenai takrifan sosiologi seperti Vander Zarden 1996, Jary 1995, dan Giddens 1993.
-Kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi (Vander Zanden 1996).
-Kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi, dll (Jary & Jary 1995).
-Kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993).
Menurut kamus dewan, sosiologi ialah ilmu pengetahuan ttg masyarakat (termasuk cara kehidupannya, pertumbuhannya dll).
Kesimpulannya, kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002)
Pelbagai sudut di sini bermaksud kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI
  • Ibnu Khaldun ((1332-1406)
  • Auguste Comte (1798-1857)
  • Karl Marx (1818-1883)
  • Emile Durkheim (1858-1917)
  • Max Weber (1864-1920)
  • GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)


Perspektif Sosiologi

Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial
Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.
Ia meliputi dua bidang:
Mikro sosiologi bersifat kecil dan individu. Makro sosiologi bersifat besar dan corak organisasi dan kompleks seperti peperangan, pengangguran 

Misalnya, masalah penagihan dadah adalah masalah individu (mikro) tetapi boleh menyebabkan masalah kecurian dalam masyarakat (makro).
Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian

Terdapat 3 teori sosiologi
ü  Teori Interaksionisme
ü  Teori Fungsionalisme
ü  Teori Konflik

Teori Interaksionisme (George Herbert Mead (1863-1931)
ü  Beliau menekankan interaksi simbolik iaitu interaksi yang berdasarkan simbol seperti perkataan, bahasa isyarat dan sebagainya
ü  Terdapat tujuh prinsip asas interaksionisme

1.      Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir
2.      Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
3.      Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.
4.      Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
5.      Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi
6.      Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.
7.      Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyaraka

Teori Fungsionalisme (Auguste Comte (1798-1857)
ü  Beliau menekankan fungsi pendidikan dalam membangunkan masyrakat
ü  Menganggap masyarakat mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri
ü  Percaya bahawa pengaruh luar dapat mempengaruhi pendidikan

Teori Konflik ( Karl Max ( 1818-1883), Max Webber (1864 – 1920)
ü  melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan
ü  Konflik boleh berlaku dalam mana-mana kelas sosial yang berbeza ataupun sama seperti keluarga sendiri ataupun kumpulan yang sama.
ü  Konflik yang berlaku akan menyumbang kepada perubahan sosial ( peningkatan )
ü  Terdapat dua fahaman dalam teori konflik iaitu disebabkan oleh ekonomi ( Max) dan keagamaan ( Webber )
ü  Faktor ekonomi seperti tanah, modal, teknologi merupakan asas kepada pembentukan masyarakat
ü  Faktor keagamaan seperti pengiktirafan oleh masyarakat dan proses legitimasi ( pengesahan )
v Kesimpulan teori ini ialah konflik perlu untuk perubahan berlaku
ü  Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya
ü  Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di luar sekolah seperti latar belakang keluarga, kelas sosial, dsb

PENDIDIKAN
Barat -John Dewey - satu proses perkembangan individu.
ü  pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
ü  ilmuan Islam - Syed Muhammad Qutb- proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
ü  Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
ü  Kita boleh melihat pendidikan dari pelbagai perspektif
ü   Tidaklah mustahil sekiranya terdapat kelainan antara tafsiran konsep ‘pendidikan’ dari setiap INDIVIDU, termasuklah anda sendiri kerana setiap seorang akan mentafsir pendidikan berdasarkan pengalamannya.
ü  Kita boleh melihat pendidikan sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil).
ü  Dari segi proses, pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar; dan kesannya adalah berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

Kajian tentang proses dan hasil pendidikan melibat berbagai-bagai disiplin ilmu.
Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya.
Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif  sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi.
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Sosiologi  pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang  pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.
Matlamat pendidikan
1.      Perkembangan potensi diri-Pendidikan membolehkan seorang individu mengembangkan potensi beliau dari segi akademik dan sahsiahnya
2.      Sosialisasi-Bagaimana anak-anak muda mendapatkan ilmu di mana-mana sahaja memerlukan mereka untuk bersosial secara langsung ataupun tidak langsung
3.      Pemilihan-membolehkan seseorang untuk memilih jalan hidupnya samada untuk berjaya ataupun tidak
4.      Pembudayaan-pelajar mempelari tentang budaya dan norma-norma masyarakat bagi membolehkan mereka mengaplikasikan budaya atau norma yang baik dalam masyarakat
5.      Pelaburan-Pelaburan di sini bermaksud dari segi tenaga, masa dan wang yang dicurahkan bagi meningkatkan peluang untuk berjaya pada masa hadapan
6.      Pembinaan negara bangsa-pendidikan menerapkan unsur-unsur patriotisme yang dapat melahirkan generasi yang cintakan negara
































































Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 8 : PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA