BAB 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Bab ini menerangkan tentang pengurusan pelbagai budaya di sekolah. Guru harus sensitif terhadap persekitaran bilik darjahnya supaya dia tidak meminggir mana-mana pelajar yang berlainan budaya dari guru tersebut. Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).
       Terdapat tiga jenis teori yang berkaitan budaya iaitu teori Melting Pot 1: Anglo Conformity, Melting pot 2: Ethnic synthesis dan Cultural pluralism: Mosaic Analogy. Melting Pot 1 bermaksud kaum minoriti harus mengikut kaum minority dari segi budaya, agama dan sebagainya. Melting Pot 2 bermaksud semua kaum tidak kira majority atau minoriti menyumbangkan sedikit budaya masing-masing bagi membentuk identity budaya baru. Akhir sekali, Cultural Pluralism bermakusd setiap bangsa mengekalkan amalan masing-masing tanpa perlu mengikut bangsa lain.
         Seterusnya, diterangkan juga tiga aspek budaya iaitu dari aspek konsep, gerakan dan proses. Terdapat juga dimensi pendidikan pelbagai budaya seperti content intergration, the knowledge construction process, an equity pedagogy dan sebagainya.
         Selain itu, dalam bab ini juga terdapat cara pelaksanaan pendidikan budaya secara berkesan oleh guru. Dasar pendidikan pelbagai budaya di Malaysia pula menerangkan tentang ordinan yang dikeluarkan oleh Malaysia berkaitan kepelbagaian budaya.
          Akhir sekali, bab ini menerangkan tentang pengurusan pelbagai budaya dalam bilik oleh guru dan perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru.




































Comments

Popular posts from this blog

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 8 : PENGURUSAN DISIPLIN